Thursday, 8 March 2018

GC TOOTH MOUSSE 

JENG! JENG! JENG! MEMPERKENALKAN GC TOOTH MOUSSE YANG DAPAT MENYELAMATKAN GIGI BERLUBANG ANDA!!
APA NI? UBAT GIGI KE?
GC tooth mousse BUKAN ubat gigi. 
-Ia adalah krim yang bermanfaat untuk gigi.
-Ia mengandungi kalsium dan fosfat, mineral utama yang terkandung dalam gigi.
- Mineral ini adalah bentuk larut kerana ia dibawa di dalam protein yang diperolehi daripada susu khas yang dikenali sebagai recaldent.
BAGAIMANA IA BERTINDAK??
(+) GC tooth mousse boleh membantu melindungi gigi daripada kerosakan dengan menggantikan mineral kalsium dan fosfat yang hilang akibat serangan asid yang terhasil daripada tindakbalas makanan dan bakteria.
(+) GC tooth mousse plus pula mengandungi formula tambahan iaitu florida. Fungsi florida adalah menguatkan gigi. Kandungan florida dalam tooth mousse plus adalah 0.2% atau 900ppm. Ia adalah di bawah tahap kandungan florida dalam ubat gigi dewasa yang biasanya 1000ppm. Florida bersama2 kalsium dan fosfat dalam nisbah yang tepat boleh menghasilkan perlindungan daripada karies yang sangat berkesan.
Tooth mousse amat berguna jika anda :
(+) -mempunyai keadaan mulut yang berasid mungkin kerana pengambilan ubat2an, atau cara pemakanan anda yang suka kan juz, jeruk mahupun minuman berkarbonat.
(+) -mempunyai kerosakan gigi yang aktif. Anda mungkin merasakan telah menjaga gigi dengan baik, tetapi sering kali mengalami gigi berlubang dan sering mendapat rawatan tampalan gigi.
(+) -mempunyai tompok2 putih pada gigi. Sebaiknya, hadir ke klinik dan berjumpa doctor gigi terlebih dahulu. Doktor gigi akan polish permukaan gigi anda dahulu. Kemudian anda boleh amalkan sapuan tooth mousse di rumah.
(+) -mempunyai gigi yang sensitive. Tooth mousse sgt berkesan berbanding uabt gigi sensitive yang berada di pasaran.
(+) -mempunyai erosi dan kehausan gigi
(+) -selepas membuat rawatan pemutihan gigi. Kerana asid yang digunakan untuk memutihkan gigi akan membuatkan gigi rasa ngilu.
(+) -semasa atau selepas rawatan orthodontic
(+) -mengalami kekurangan air liur dan mulut kering akibat rawatan kemoterapi dan ubat2an
(+) -sedang mengandung
GC tooth mousse adalah untuk semua golongan iaitu daripada bayi hingga dewasa.
Untuk pertanyaan atau pembelian sila hubungi/whatsapp kami di talian 018-3739252 atau pun boleh follow dan like fb page gc tooth mousse utk mendapat update pasal produk ni

Thursday, 15 February 2018

 APA HUKUM PEMAKAIAN BRACES MENGIKUT SYARAK ?
Secara umum, Islam melarang manusia untuk mengubah ciptaan Allah s.w.t tanpa ada keperluan mahupun darurat. Allah s.w.t melaknat mereka yang menipiskan gigi sebagaimana dalam hadis berikut
َTelah menceritakan kepadaku Muhammad bin Muqatil telah mengabarkan kepada kami Abdullah telah mengabarkan kepada kami Sufyan dari Manshur dari Ibrahim dari ‘Alqamah dari Ibnu Mas’ud radliallahu ‘anhu dia berkata; “Allah melaknat orang yang mentato dan yang minta ditato dan mencukur habis alis mata serta merenggangkan gigi (dengan kawat dll) untuk kecantikan dengan merubah ciptaan Allah, kenapa saya tidak melaknat orang yang dilaknat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sementara telah tertulis dalam kitabullah.”
(Hadis no: 5487, Shahih Bukhari)
Namun pemakaian braces diharuskan dengan sebab-sebab tertentu sepeti kemalangan mahupun cacat semulajadi. Dalam kitab Al-Halal wal Haram Fil-Islam, Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata:
Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran.
Dalam satu artikel online dalam bahasa arab, Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, beliau merupakan Profesor di Universiti Dar al-Ulum berkata ;
بالنسبة للأسنان المعوجة التي تسبب حرجا للسائلة لا بأس به
Bermaksud: braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Justeru, pemakaian braces dibenarkan untuk merawat kedudukan gigi yang bermasalah bagi mengurangkan kemudaratan kepada pesakit. Namun, pemakaian braces untuk tujuan kecantikan di haramkan seperti mana dalam hadis Bukhari tadi.

Untuk maklumat lanjut tentang rawatan braces sila ke fb page kami :https://www.facebook.com/mydentalcare.official/

Thursday, 8 February 2018

Pengenalan
Penyebab utama penyakit gusi ialah bakteria dalam bentuk lekitan dan pembentukan plak tidak berwarna yang sering terdapat pada leher gigi. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi atau menyumbang kejadian penyakit gusi.
Tanda dan Gejala Penyakit Gusi
Penyakit Gusi bermula dengan sedikit keradangan pada gusi dan melarat hingga merosakkan tisu lembut dan tulang yang menyokong gigi. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan kehilangan gigi.
Gingivitis (Radang Gusi)
Penimbunan plak dan kalkulus membahayakan. Bakteria menyebabkan keradangan gusi yang dinamakan gingivitis di mana gusi menjadi merah, bengkak dan mudah berdarah.
Periodontitis
Jika gingivitis tidak dirawat, periodontitis akan terjadi. Periodontitis menyebabkan gusi tertarik menjauhi leher gigi dan membentuk poket yang terinfeksi. Toksin yang dihasilkan oleh bakteria boleh memusnahkan tulang dan tisu penghubung yang berfungsi sebagai tapak pemegang gigi.
alt
Komplikasi Penyakit Gusi
Jika tidak dirawat tulang, gusi dan tisu berhampiran yang menyokong gigi akan musnah. Gigi mungkin menjadi longgar dan perlu dicabut.
Rawatan
Tujuan utama rawatan penyakit gusi adalah mencegah berlakunya jangkitan. Terdapat pelbagai jenis rawatan mengikut keparahan penyakit gusi tersebut. Semua rawatan memerlukan penjagaan yang baik di rumah oleh pesakit. Selain itu, cara hidup juga perlu diubah seperti menghentikan penggunaan tembakau untuk membantu proses pemulihan.
Gingivitis merupakan penyakit gusi yang kurang serius. Gingivitis boleh berbalik dan biasanya ia dapat disembuhkan dengan pemberusan setiap hari, mengguna flos serta pembersihan secara berkala oleh doktor pergigian. Penyakit gusi jenis ini tidak mengakibatkan kehilangan gigi atau tisu yang memegang gigi.
Selepas penskaleran, kebanyakan pesakit tidak memerlukan rawatan aktif selanjutnya. Walau bagaimanapun, majoriti pesakit akan memerlukan terapi yang berterusan untuk mengekalkan kesihatan gusi.
Pembedahan akan dilakukan apabila tahap kesihatan periodontium yang baik tidak dicapai.
  • Rawatan periodontal tanpa pembedahan, termasuk penskaleran dan ‘root planing’ (suatu cara membersih permukaan akar untuk membuang plak dan kalkulus dari poket periodontal dan melicinkan akar gigi). Pembedahan ini diikuti dengan rawatan tambahan seperti anti microbials yang diperlukan dalam kes-kes biasa.
  • Terdapat beberapa pembedahan untuk penyakit periodontium termasuk:
    • Pembersihan terbuka – kalkulus dibuang dari permukaan akar gigi di dalam poket.
    • Grafting tulang – tulang pesakit atau tulang tiruan diletakkan dalam kawasan yang terlibat (contoh: kawasan kehilangan tulang).
    • Regenerasi Tisu Terkawal – Membran diletakkan di antara tulang dan gusi untuk menggalakkan pertumbuhan tisu periodontium.
Apakah peranan anda sebagai pesakit yang sedang menerima rawatan?
Keberkesanan rawatan bergantung pada keupayaan anda untuk mengekalkan kesihatan mulut yang baik di rumah. Ikut arahan Pakar/ doktor pergigian dan patuhi temu janji anda.
Hal ini penting terutamanya selepas pembedahan. Anda perlu ikut arahan doktor (contoh: pengambilan ubat seperti analgesia dan antibiotik jika diberi) dan beritahu jika terdapat sebarang masalah (contoh: terdapat bahagian yang bengkak atau demam).

Monday, 5 February 2018

APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN SEBELUM PROSES CABUT GIGI?
1.Makan terlebih dahulu sebelum cabut gigi
2.Ambil ubat-ubat harian yang perlu( penyakit kencing manis,darah tinggi)
3.Bawa perskripsi doktor ketika cabut gigi
4.Ubat seperti aspirin(ubat mencairkan darah) harus dielakkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum cabut gigi kerana ianya akan menyebabkan pendarahan yang banyak semasa proses cabut gigi dijalankan
5.Bawa radiograph yang berkenan dengan proses cabut gigi sekiranya ada
Untuk temujanji rawatan sila hubungi kami di talian 018-3739252


Thursday, 1 February 2018

CUCI GIGI

Rawatan cuci gigi atau scaling adalah bertujuan untuk 
membuang karang-karang gigi dan tanda kotor pada gigi 
disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. Bagi mereka yang merokok, amatlah sukar untuk membuang kotoran rokok iaitu nikotin tanpa menggunakan alatan khas pencucian gigi. Sekiranya anda seorang heavy smoker, tanda kotoran tersebut akan mula melekat semula sedikit demi sedikit walaupun selepas gigi di cuci. Selepas gigi di cuci, anda juga akan berasa satu kelainan sekiranya anda sentuh permukaan belakang gigi dengan lidah,biasanya terasa seperti ada ruang. Ini adalah normal kerana bila karang sudah dibuang, anda akan merasa lekukan gigi asal yang sebelum ini ditutupi oleh karang gigi.


TIPS PENJAGAAN GIGI

















Monday, 29 January 2018

Why would I need my teeth whitened?
There are a number of reasons why you might get your teeth whitened. Everyone is different; and just as our hair and skin colour vary, so do our teeth. Very few people have brilliant-white teeth, and our teeth can also become more discoloured as we get older.
Your teeth can also be stained on the surface by food and drinks such as tea, coffee, red wine and blackcurrant. Smoking can also stain teeth.
‘Calculus' or tartar can also affect the colour of your teeth. Some people may have staining under the surface, which can be caused by certain antibiotics or by tiny cracks in the teeth which take up stains.
MDC Seri Kembangan
03 - 8945 8414
MDC Puchong
03 - 8066 6604
MDC Shah Alam
03 - 5524 2425
MDC Sungai Besi
03 - 9055 4424
MDC Cyberjaya
03 - 8311 9447

Thursday, 18 January 2018

SARUNG GIGI / CROWN

Gigi Sarung / Crown 


Gigi sarung atau dipanggil "crown" adalah sarung atau "cap" berbentuk gigi asal yang diletakkan pada gigi bagi melitupi permukaan gigi untuk mengembalikan rupa bentuk asal gigi di samping menguatkan struktur gigi tersebut serta menjadikan rupa gigi yang lebih cantik.

"Crown" disimen pada gigi meliputi keseluruhan permukaan gigi yang berkenaan pada atau di atas garis gusi. Proses rawatan melibatkan dua kali lawatan di mana lawatan pertama melibatkan pemeriksaan keadaan gigi seterusnya persiapan pada gigi iaitu pengubahsuaian bentuk gigi agar "crown" dapat dipasang menyerupai saiz asal gigi. Lawatan ini juga melibatkan pengambilan acuan atau impresi. Pesakit akan dipakaikan "crown" sementara sebelum datang semula untuk lawatan kedua di mana "crown" telah siap dan boleh disimen secara kekal pada gigi tersebut.


Friday, 12 January 2018

WHITENING


Masyarakat sekarang sangat pentingkan kecantikan diri, Penjagaan gigi juga amat penting bagi memastikan senyuman yang menawan. Salah satu cara untuk memastikan anda mendapat senyuman yang menawan ialah gigi yang putih. Bagaimanapun terdapat banyak faktor yang menyebabkan gigi menjadi kuning antaranya ialah pengaruh usia, penyakit genetik(Amelogenesis/dentinogenesis imperfecta), permukaan dentin terdedah akibat gigi haus,merokok dan pemakanan, maka gigi akan berubah warna. Gigi akan berwarna kekuningan dan kusam. Pelbagai cara dilakukan unuk menjadikan warna gigi menjadi putih antaranya ialah penggunaan ubat gigi, penggilapan, rawatan korona,veneer oleh pegawai pergigian dan yang paling sekarang adalah 'bleaching' yang juga dilakukan oleh pegawai pergigian. 'Bleching' atau pemutihan gigi adalah rawatan yang diakui kejayaannya.