Sunday, 26 January 2020

PERLU KE SAYA BUAT SCALING DAN POLISHING, BILA YE?





Apa itu scaling dan polishing? Atau lebih dikenali sebagai CUCI GIGI. Ramai yang datang ke klinik hanya nak buat rawatan disebabkan gigi sakit.

"Gigi saya tengah sakit lah, mungkin nak kena cabut or tampal lah, doktor".
" Saya tak boleh tido malam lah doktor sebab gigi sakit sangat"

Bila ditanya kepada mereka mengenai bila agak-agak last buat scaling atau cuci gigi, jawapan nya

"Alaa dah lama lah, doktor. Saya pun dah lupa bila 😂". 

Tak dinapikan lagi, dengan jadual kerjaya dan keluarga mungkin ada diantara kita yang terlepas pandang mengenai keperluan untuk berjumpa doktor sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ramai dikalangan kita yang memandang remeh akan penjagaan gigi berbanding dengan penjagaan muka dan tubuh badan.

PENTING UNTUK MENDAPATKAN GIGI DAN GUSI YANG SIHAT.
Image may contain: text

SCALING DAN POLISHING

Scaling adalah rawatan untuk bersihkan karang gigi (pembuangan karang gigi) yang terdapat pada karang gigi dan dicelah/bawah gusi. Plak gigi  adalah satu lapisan bakteria pada permukaan gigi yang terhasil daripada sisa-sisa makanan. Lama-kelamaan plak yang tidak dibersihkan akan mengeras,  menjadi kalkulus @ tartar. Ianya akan menyukarkan pemberusan dan proses flos yang berkesan. Permukaannya yang kasar akan menyebabkan lebih banyak plak akan terperangkap dan terkumpul pada kawasan tersebut.

No photo description available.
SEBELUM DAN SELEPAS CUCI GIGI

Kebiasaanya scaling dan polishing ini hanya dilakukan untuk orang dewasa. Manakala untuk kanak-kanak hanya polishing. Doktor akan menggunakan ultrasonic scaler untuk tanggalkan pembentukan karang gigi. Polishing pulak menggunakan special ubat gigi untuk menghilangkan stains pada gigi sekaligus membuatkan gigi anda bersih dan bersinar. Smooth and shiny gitu !!!

Rawatan ini tidaklah memakan masa yang lama, lebih kurang 15 - 20 minit sahaja bergantung pada keadaan karang gigi. Kalau karang gigi dah tebal, nampak gayanya agak lama lah anda akan duduk atas dental chair tu. 😁

"Pernah scaling gigi tak? Kalau tak pernah kena tahan sikit ye, sebab akan rasa sedikit ngilu".

Sebelum melalukan rawatan, ayat ni pastinya keluar daripada mulut doktor gigi. Ini untuk memastikan anda berasa selesa dan kurangkan rasa sakit atau ngilu semasa rawatan. Jangan risau, rasa ngilu, berdarah itu perkara biasa semasa rawatan dan juga rasa seperti ada ruang diantara gigi. Ini disebabkan oleh kalkulus dah tertanggal daripada celah-celah gigi tu.. Hoorayyy!!! 


OK DAH BOLEH SENYUM DENGAN YAKIN.


SCALING DAN POLISHING BY DR BUVY

Boleh saksikan perkongsian daripada Dr Buvy mengenai scaling dan polishing.


2 comments:

  1. Doktor, cuci gigi ni boleh buat gigi kembali putih ke? Lepastu kalau dah buat scaling ni gigi akan rasa ngilu untuk berapa lama?

    ReplyDelete