Thursday, 15 February 2018

 APA HUKUM PEMAKAIAN BRACES MENGIKUT SYARAK ?
Secara umum, Islam melarang manusia untuk mengubah ciptaan Allah s.w.t tanpa ada keperluan mahupun darurat. Allah s.w.t melaknat mereka yang menipiskan gigi sebagaimana dalam hadis berikut
َTelah menceritakan kepadaku Muhammad bin Muqatil telah mengabarkan kepada kami Abdullah telah mengabarkan kepada kami Sufyan dari Manshur dari Ibrahim dari ‘Alqamah dari Ibnu Mas’ud radliallahu ‘anhu dia berkata; “Allah melaknat orang yang mentato dan yang minta ditato dan mencukur habis alis mata serta merenggangkan gigi (dengan kawat dll) untuk kecantikan dengan merubah ciptaan Allah, kenapa saya tidak melaknat orang yang dilaknat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sementara telah tertulis dalam kitabullah.”
(Hadis no: 5487, Shahih Bukhari)
Namun pemakaian braces diharuskan dengan sebab-sebab tertentu sepeti kemalangan mahupun cacat semulajadi. Dalam kitab Al-Halal wal Haram Fil-Islam, Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata:
Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran.
Dalam satu artikel online dalam bahasa arab, Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, beliau merupakan Profesor di Universiti Dar al-Ulum berkata ;
بالنسبة للأسنان المعوجة التي تسبب حرجا للسائلة لا بأس به
Bermaksud: braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Justeru, pemakaian braces dibenarkan untuk merawat kedudukan gigi yang bermasalah bagi mengurangkan kemudaratan kepada pesakit. Namun, pemakaian braces untuk tujuan kecantikan di haramkan seperti mana dalam hadis Bukhari tadi.

Untuk maklumat lanjut tentang rawatan braces sila ke fb page kami :https://www.facebook.com/mydentalcare.official/

No comments:

Post a Comment