Friday, 12 January 2018

WHITENING


Masyarakat sekarang sangat pentingkan kecantikan diri, Penjagaan gigi juga amat penting bagi memastikan senyuman yang menawan. Salah satu cara untuk memastikan anda mendapat senyuman yang menawan ialah gigi yang putih. Bagaimanapun terdapat banyak faktor yang menyebabkan gigi menjadi kuning antaranya ialah pengaruh usia, penyakit genetik(Amelogenesis/dentinogenesis imperfecta), permukaan dentin terdedah akibat gigi haus,merokok dan pemakanan, maka gigi akan berubah warna. Gigi akan berwarna kekuningan dan kusam. Pelbagai cara dilakukan unuk menjadikan warna gigi menjadi putih antaranya ialah penggunaan ubat gigi, penggilapan, rawatan korona,veneer oleh pegawai pergigian dan yang paling sekarang adalah 'bleaching' yang juga dilakukan oleh pegawai pergigian. 'Bleching' atau pemutihan gigi adalah rawatan yang diakui kejayaannya. 



Terdapat dua jenis pemutihan gigi iaitu
  1. Vital bleaching  
  • Proses pemutihan dilakukan pada permukaan luaran gigi dengan menggunakan ceper. Ia boleh dilakukan sendiri oleh pesakit atau dilakukan di klinik pergigian. Ceper yang berisi bahan pemutih akan diletakkan kedalam mulut pesakit dan di biatkan untuk jangka masa tertentu. Kesan pemutihan akan dapat dilihat selepas rawatan.

      2. Non Vital Bleaching (NVB)

  • Proses pemutihan dilakukan di dalam gigi yang telah dilakukan rawatan akar. Putik kapas yang mengandungi bahan pemutih diletakkan ke dalam gigi diikuti dengan tampalan sementara. Temujanji susulan akan dilakukan untuk melihat kesan gigi tersebut. Proses ini akan diulang berulang kali untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Rawatan Whitening Sebelum dan selepas Rawatan
Rawatan Whitening sedang dilakukan

Pantang Larang Selepas Pemutihan Gigi

1. Elakkan meminum minuman dan makanan berwarna dalam tempoh 24 ke 48 jam selepas pemutihan di jalankan. Begitu juga dengan rokok kerana gel pemutihan boleh memerangkap kotoran ketika ini
2. Jangan gunakan lipstik sebaik selepas pemutihan kerana takut terkena gigi.
3. Tinggalkan makanan ringan kamu yang tidak berfaedah itu. Kerana pewarna dalam makanan tersebut boleh mencacatkan gigi kamu.
4. Jangan gunakan kit pemutihan yang dibeli di farmasi sebagai lanjutan kepada pemutihan yang kamu buat di klinik kerana takut bahan yang digunakan tidak sama dengan klinik.

No comments:

Post a Comment