Tuesday, 9 June 2015

Kawat gigi (dental braces)



RAWATAN ORTODONTIK

 

 
APLIANS ORTODONTIK
ALAT PEMEGANG(RETAINER)

Rawatan ortodontik adalah rawatan untuk mencegah dan membetulkan susunan gigi yang tidak teratur atau jongang.
Rawatan ortodontik boleh:-
Ø  Menambah penampilan supaya lebih cantik
Ø  Menambah risiko kecederaan atau trauma terutama pada gigi kacip
Ø  Membetulkan gigitan
Ø  Membantu menyunyah makanan dengan baik
Ø  Mengurangkan kejadian penyakit gusi dan kerosakan gigi
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA TERJADI KOMPLIKASI SEMASA MEMAKAI APLIANS ORTODONTIK
Anda perlu segera berjumpa doktor ortodontik.Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan dalam kes-kes tertentu sebelum ke klinik:-
Ø  Braket longgar:jangan cuba menanggalnya.Tutup braket dengan lilin lembut jika ia mengganggu 
Ø  Wayar(wire)terkeluar: jangan cuba keluarkan wayar yang terkeluar,tutup wayar terkeluar dengan lilin lembut.
Ø  Sakit gigi: makan makanan lembut,ambil ubat penahan sakit
APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK PASTIKAN RAWATAN INI BERJAYA
Untuk memastikan rawatan ini berjaya,anda perlu:-
Ø  Memakai aplians ortodontik seperti diarahkan doktor ortodontik
Ø  Menjaga kebersihan gigi dengan memberus dan menggunakan floss setiap kali selepas makan.
Ø  Elakkan makan makanan keras dan melekit
Ø  Menepati temujanji rawatan ortodontik
      






SOALAN MENGENAI RAWATAN ORTODONTIK
BILA RAWATAN ORTODONTIK BOLEH DIMULAKAN ?
Rawatan ortodontik boleh dimulakan tanpa mengira umur. Kebanyakan remaja menerima rawatan ketika berumur 10-12 tahun.
BERAPA LAMA ANDA PERLU MEMAKAI APLIANS ORTODONTIK?
Jangka masa rawatan bergantung kepada kerumitan masalah yang dialami. Kebiasaannya dipakai selama 18 bulan hingga 30 bulan.
PERLUKAH GIGI DICABUT DAN BERAPA BATANG YANG AKAN DICABUT?
Ø  Tidak semua pesakit perlu cabutan gigi
Ø  Cabutan gigi dicabut mengikut keperluan rawatan
PERLUKAH MENUKAR BERUS GIGI SEMASA RAWATAN ORTODONTIK?
Ø  Biasanya berus gigi perlu diganti sekurang-kurangnya 3 bulan,jika berus anda masih baru tidak perlu ditukar.
Ø  Perlu menambah berus gigi alternative seperti berus gigi interdental.
Ø  Berus gigi lembut adalah disyorkan jenis yang lembut dan hujung kepala yang kecil
 ADAKAH PERLU MEMAKAI ALAT PEMEGANG(RETAINER)

Ø  Ya perlu memakai retainer apabila rawatan selesai
Ø  Terdapat beberapa alat pemegang yang akan disyorkan oleh doktor ortodontik kepada anda

BERAPA LAMAKAH PERLU MEMAKAI ALAT PEMEGANG INI?

Ø  Pergerakan gigi tidak dapat dijangka dan ia akan terus bergerak sepanjang hayat,oleh itu dinasihatkan untuk memakai alat pemegang dalam jangka masa yang panjang bagi mengekalkan susunan gigi.





Dr. Habibah (Mydental care Sg.Besi)

1 comment:

  1. Hye. I know i will not get any reply. But i just ask anyway. What should i do if the wire on chain is unbalance ? I mean the wire from right side move to other side causing the left side wire to be longer. What should i do ? The wire of right side almost pop out from the end chain.

    ReplyDelete