Wednesday, 22 January 2020

PENTINGNYA PENJAGAAN GIGI, MULUT DAN GUSI






Kesihatan oral adalah salah satu yang sangat bernilai bukan sahaja disebabkan faktor kesihatan tetapi juga dalam memeastikan tahap keyakinan diri yang tinggi terutamanya semasa berkomunikasi.

Penjagaan gigi dan gusi seharusnya bermula sebaik sahaja gigi bayi tumbuh. Ibubapa perlu mendidik mereka mengenai cara penjagaan yang baik agar gigi dan gusi sentiasa dalam keadaan sihat dan cantik.

Tidak dinafikan bahawa keadaan gigi akan berubah mengikut peringkat umur, tetapi langkah awal  perlu di ambil dalam memastikan masalah yang lebih teruk tidak akan berlaku. Terdapat pelbagai penyakit gigi dan gusi yang akan berlaku akibat daripada kurangnya penjagaan kesihatan dan kebersihan gigi.

Antara fungsi gigi, gusi dan mulut adalah;

  • Untuk bercakap, membaca dan menyebut huruf dengan betul (Sekiranya gigi hadapan tiada kita tidak dapat bertutur dengan baik)

  • Untuk pengunyahan (Sekiranya salah satu daripada gigi belakang (posterior) rosak kunyahan makanan tidak akan sempurna)
  • Senyuman & komunikasi (Sesetengah orang akan rasa kurang yakin dengan senyuman dan malu untuk berkomunikasi dengan orang lain disebabkan keadaan gigi)
Dan banyak lagi kegunaannya kenapa Allah berikan gigi, gusi dan mulut kepada kita, tetapi 3 perkara tersebut adalah yang terpenting dalam kehidupan seharian kita.


Jadi, apakah perkara asas yang perlu kita lakukan dalam memastikan gigi, gusi dan mulut kita sihat?

  • Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari (Sebelum tidur dan juga selepas bangun pagi)
  • Amalkan cara penjagaan gigi yang betul (Termasuk lakukan "flossing gigi" 2 kali sehari)
  • Dapatkan pemeriksaan gigi berkala daripada doktor gigi anda (setahun 2 kali)
  • Bawa anak berjumpa doktor seawal gigi mereka dah tumbuh
  • Tukar berus gigi 2 bulan sekali (Pastikan keadaan berus gigi dalam keadaan elok, janganlah guna yang dah rongak tu 😂
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ditekankan dalam memastikan kesihatan dan kebersihan gigi, gusi dan mulut sentiasa terjaga. 

Serlahkan senyuman anda!!
Gigi Kuat, Hidup Sihat!! 



2 comments:

  1. Is that possible to have teeth and mouth problem even though already did a good oral care routine?

    ReplyDelete
  2. Actually if already taking care of your oral hygiene, risk of having dental problem is lower. But it is also depends on your genetic, health conditions and aging. Just make sure to visit your dentist at least twice a year (every 6 months).

    ReplyDelete