Sunday, 26 January 2020

PERLU KE SAYA BUAT SCALING DAN POLISHING, BILA YE?





Apa itu scaling dan polishing? Atau lebih dikenali sebagai CUCI GIGI. Ramai yang datang ke klinik hanya nak buat rawatan disebabkan gigi sakit.

"Gigi saya tengah sakit lah, mungkin nak kena cabut or tampal lah, doktor".
" Saya tak boleh tido malam lah doktor sebab gigi sakit sangat"

Bila ditanya kepada mereka mengenai bila agak-agak last buat scaling atau cuci gigi, jawapan nya

"Alaa dah lama lah, doktor. Saya pun dah lupa bila 😂". 

Tak dinapikan lagi, dengan jadual kerjaya dan keluarga mungkin ada diantara kita yang terlepas pandang mengenai keperluan untuk berjumpa doktor sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ramai dikalangan kita yang memandang remeh akan penjagaan gigi berbanding dengan penjagaan muka dan tubuh badan.

PENTING UNTUK MENDAPATKAN GIGI DAN GUSI YANG SIHAT.
Image may contain: text

SCALING DAN POLISHING

Scaling adalah rawatan untuk bersihkan karang gigi (pembuangan karang gigi) yang terdapat pada karang gigi dan dicelah/bawah gusi. Plak gigi  adalah satu lapisan bakteria pada permukaan gigi yang terhasil daripada sisa-sisa makanan. Lama-kelamaan plak yang tidak dibersihkan akan mengeras,  menjadi kalkulus @ tartar. Ianya akan menyukarkan pemberusan dan proses flos yang berkesan. Permukaannya yang kasar akan menyebabkan lebih banyak plak akan terperangkap dan terkumpul pada kawasan tersebut.

No photo description available.
SEBELUM DAN SELEPAS CUCI GIGI

Kebiasaanya scaling dan polishing ini hanya dilakukan untuk orang dewasa. Manakala untuk kanak-kanak hanya polishing. Doktor akan menggunakan ultrasonic scaler untuk tanggalkan pembentukan karang gigi. Polishing pulak menggunakan special ubat gigi untuk menghilangkan stains pada gigi sekaligus membuatkan gigi anda bersih dan bersinar. Smooth and shiny gitu !!!

Rawatan ini tidaklah memakan masa yang lama, lebih kurang 15 - 20 minit sahaja bergantung pada keadaan karang gigi. Kalau karang gigi dah tebal, nampak gayanya agak lama lah anda akan duduk atas dental chair tu. 😁

"Pernah scaling gigi tak? Kalau tak pernah kena tahan sikit ye, sebab akan rasa sedikit ngilu".

Sebelum melalukan rawatan, ayat ni pastinya keluar daripada mulut doktor gigi. Ini untuk memastikan anda berasa selesa dan kurangkan rasa sakit atau ngilu semasa rawatan. Jangan risau, rasa ngilu, berdarah itu perkara biasa semasa rawatan dan juga rasa seperti ada ruang diantara gigi. Ini disebabkan oleh kalkulus dah tertanggal daripada celah-celah gigi tu.. Hoorayyy!!! 


OK DAH BOLEH SENYUM DENGAN YAKIN.


SCALING DAN POLISHING BY DR BUVY

Boleh saksikan perkongsian daripada Dr Buvy mengenai scaling dan polishing.


Wednesday, 22 January 2020

PENTINGNYA PENJAGAAN GIGI, MULUT DAN GUSI






Kesihatan oral adalah salah satu yang sangat bernilai bukan sahaja disebabkan faktor kesihatan tetapi juga dalam memeastikan tahap keyakinan diri yang tinggi terutamanya semasa berkomunikasi.

Penjagaan gigi dan gusi seharusnya bermula sebaik sahaja gigi bayi tumbuh. Ibubapa perlu mendidik mereka mengenai cara penjagaan yang baik agar gigi dan gusi sentiasa dalam keadaan sihat dan cantik.

Tidak dinafikan bahawa keadaan gigi akan berubah mengikut peringkat umur, tetapi langkah awal  perlu di ambil dalam memastikan masalah yang lebih teruk tidak akan berlaku. Terdapat pelbagai penyakit gigi dan gusi yang akan berlaku akibat daripada kurangnya penjagaan kesihatan dan kebersihan gigi.

Antara fungsi gigi, gusi dan mulut adalah;

  • Untuk bercakap, membaca dan menyebut huruf dengan betul (Sekiranya gigi hadapan tiada kita tidak dapat bertutur dengan baik)

  • Untuk pengunyahan (Sekiranya salah satu daripada gigi belakang (posterior) rosak kunyahan makanan tidak akan sempurna)
  • Senyuman & komunikasi (Sesetengah orang akan rasa kurang yakin dengan senyuman dan malu untuk berkomunikasi dengan orang lain disebabkan keadaan gigi)
Dan banyak lagi kegunaannya kenapa Allah berikan gigi, gusi dan mulut kepada kita, tetapi 3 perkara tersebut adalah yang terpenting dalam kehidupan seharian kita.


Jadi, apakah perkara asas yang perlu kita lakukan dalam memastikan gigi, gusi dan mulut kita sihat?

  • Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari (Sebelum tidur dan juga selepas bangun pagi)
  • Amalkan cara penjagaan gigi yang betul (Termasuk lakukan "flossing gigi" 2 kali sehari)
  • Dapatkan pemeriksaan gigi berkala daripada doktor gigi anda (setahun 2 kali)
  • Bawa anak berjumpa doktor seawal gigi mereka dah tumbuh
  • Tukar berus gigi 2 bulan sekali (Pastikan keadaan berus gigi dalam keadaan elok, janganlah guna yang dah rongak tu 😂
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ditekankan dalam memastikan kesihatan dan kebersihan gigi, gusi dan mulut sentiasa terjaga. 

Serlahkan senyuman anda!!
Gigi Kuat, Hidup Sihat!! 



Sunday, 19 January 2020

OBJEKTIF, VISI DAN MISI KLINIK PERGIGIAN MY DENTAL CARE




OBJEKTIF

  1. Memberi perkhidmatan professional yang terbaik dan efisyen kepada pesakit serta memastikan hubungan berterusan antara “doktor –pesakit”
  2. Memberi perhatian khusus kepada mutu perkhidmatan serta mengenakan bayaran yang sewajarnya bagi perkhidmatan yang beretika dengan berlandaskan professionalisme perubatan
  3. Memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian yang terkini
  4. Menyediakan laporan perubatan yang efisyen dan khidmat nasihat kepada majikan secepat mungkin apabila diperlukan

VISI DAN MISI

My Dental Care ingin menjadi klinik pergigian pilihan yang unggul dan berkualiti tinggi dengan menyediakan layanan serta rawatan kesihatan pergigian yang selesa, bermutu tinggi, berwawasan global dan inovatif dengan dilengkapi pilihan berteknologi moden.
  1. Memastikan kepuasan pelanggan terjamin dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi
  2. Menjadikan kualiti sebagai falsafah kami dalam melakukan sesuatu
  3. Membangunkan sumber manusia yang professional untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi
  4. Memenuhi keperluan pesakit serta komited pada keselamatan pesakit
  5. Mengamalkan nilai sopan, mesra, integrity dan amanah.



Saturday, 18 January 2020

OPERATION HOURS DAN LOKASI MY DENTAL CARE

KLINIK PERGIGIAN MY DENTAL CARE 


Salam ceria semua :) Kini blog MY DENTAL CARE akan kembali aktif. Dah lama kami tidak berkongsi maklumat mengenai kesihatan gigi dan mulut, kan? 😅 Semoga selepas ini perkongsian daripada kami dapat membantu anda semua.
Untuk post kali ini, kami ingin berkongsi mengenai OPERATION HOURS & LOKASI setiap branch kami. So lepas ini anda semua dah tahu bila nak datang klinik kami kan? 😄😁
Sebelum tu, boleh lah like & follow Facebook dan Instagram kami untuk mengetahui lebih banyak info mengenai penjagaan gigi dan mulut.


1. MY DENTAL CARE SERI KEMBANGAN
⏰ ISNIN- JUMAAT
👉 9.00 pagi hingga 10.00 malam
⏰ SABTU - AHAD
👉 9.00 pagi hingga 3.00 petang, 6.00 petang hingga 10.00 malam

LOKASI KAMI,
No 5, Jalan Bpp 8/1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Boleh click link maps ini 👇


2. MY DENTAL CARE PUCHONG
⏰ ISNIN- JUMAAT
👉 9.00 pagi hingga 10.00 malam
⏰ SABTU - AHAD
👉 9.00 pagi hingga 3.00 petang, 6.00 petang hingga 10.00 malam

LOKASI KAMI,
Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Boleh click link maps ini 👇


3. MY DENTAL CARE CYBERJAYA
⏰ ISNIN- JUMAAT
👉 10.00 pagi hingga 6.00 petang
⏰ SABTU
👉 9.00 pagi hingga 3.00 petang

LOKASI KAMI,
B-07-1, Jalan GC 3, Glomac 63200, Persiaran Apec, 63000 Cyberjaya, Selangor

Boleh click link maps ini 👇


4. MY DENTAL CARE SETAPAK
⏰ ISNIN- JUMAAT
👉 10.00 pagi hingga 9.00 malam
⏰ SABTU- AHAD
👉 10.00 pagi hingga 4.00 petang

LOKASI KAMI,
No 10-1, Jalan Rampai Niaga 1, Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Boleh click link maps ini 👇


5. MY DENTAL CARE SUNGAI BESI
⏰ ISNIN- JUMAAT
👉 9.00 pagi hingga 9.00 malam
⏰ SABTU- AHAD
👉 9.00 pagi hingga 3.00 petang

LOKASI KAMI,
No 18- 9 Medan Niaga Tasik Damai Sg Besi,, 1, Jalan Tasik Utama 3, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Boleh click link maps ini 👇


6. MYKIDS DENTAL CARE SHAH ALAM
⏰ ISNIN- JUMAAT
👉 9.00 pagi hingga 10.00 malam
⏰ SABTU- AHAD
👉 9.00 pagi hingga 3.00 petang

LOKASI KAMI,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Boleh click link maps ini 👇
https://goo.gl/maps/eqwmgCxeyW5Y7kbV9