Tuesday, 9 June 2015

Kawat gigi (dental braces)



RAWATAN ORTODONTIK

 

 
APLIANS ORTODONTIK
ALAT PEMEGANG(RETAINER)

Rawatan ortodontik adalah rawatan untuk mencegah dan membetulkan susunan gigi yang tidak teratur atau jongang.
Rawatan ortodontik boleh:-
Ø  Menambah penampilan supaya lebih cantik
Ø  Menambah risiko kecederaan atau trauma terutama pada gigi kacip
Ø  Membetulkan gigitan
Ø  Membantu menyunyah makanan dengan baik
Ø  Mengurangkan kejadian penyakit gusi dan kerosakan gigi
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA TERJADI KOMPLIKASI SEMASA MEMAKAI APLIANS ORTODONTIK
Anda perlu segera berjumpa doktor ortodontik.Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan dalam kes-kes tertentu sebelum ke klinik:-
Ø  Braket longgar:jangan cuba menanggalnya.Tutup braket dengan lilin lembut jika ia mengganggu 
Ø  Wayar(wire)terkeluar: jangan cuba keluarkan wayar yang terkeluar,tutup wayar terkeluar dengan lilin lembut.
Ø  Sakit gigi: makan makanan lembut,ambil ubat penahan sakit
APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK PASTIKAN RAWATAN INI BERJAYA
Untuk memastikan rawatan ini berjaya,anda perlu:-
Ø  Memakai aplians ortodontik seperti diarahkan doktor ortodontik
Ø  Menjaga kebersihan gigi dengan memberus dan menggunakan floss setiap kali selepas makan.
Ø  Elakkan makan makanan keras dan melekit
Ø  Menepati temujanji rawatan ortodontik