RAWATAN ORTODONTIK
APLIANS ORTODONTIK
ALAT PEMEGANG(RETAINER)
ALAT PEMEGANG(RETAINER)
Rawatan
ortodontik adalah rawatan untuk mencegah dan membetulkan susunan gigi yang
tidak teratur atau jongang.
Rawatan ortodontik boleh:-
Ø
Menambah penampilan supaya lebih cantik
Ø
Menambah risiko kecederaan atau trauma terutama
pada gigi kacip
Ø
Membetulkan gigitan
Ø
Membantu menyunyah makanan dengan baik
Ø
Mengurangkan kejadian penyakit gusi dan kerosakan
gigi
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA TERJADI
KOMPLIKASI SEMASA MEMAKAI APLIANS ORTODONTIK Anda perlu segera berjumpa doktor ortodontik.Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan dalam kes-kes tertentu sebelum ke klinik:-
Ø
Braket longgar:jangan
cuba menanggalnya.Tutup braket dengan lilin lembut jika ia mengganggu
Ø
Wayar(wire)terkeluar:
jangan cuba keluarkan wayar yang terkeluar,tutup wayar terkeluar dengan lilin
lembut.
Ø
Sakit
gigi: makan makanan lembut,ambil ubat penahan sakit
APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK
PASTIKAN RAWATAN INI BERJAYA
Untuk memastikan rawatan ini
berjaya,anda perlu:-
Ø Memakai aplians ortodontik seperti diarahkan doktor ortodontik
Ø Menjaga kebersihan gigi dengan memberus dan menggunakan
floss setiap kali selepas makan.
Ø Elakkan makan makanan keras dan melekit
Ø Menepati temujanji rawatan ortodontik